Selamat Datang Ke Blog QASEH DYNAMIC NETWORK. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

Thursday, 24 March 2016

KHASIAT BUAH DELIMA

Delima digelar ‘superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular. Buahnya bulat hampir sebesar limau. Berkulit keras, merah kecoklatan atau agak ungu.Isi buahnya terdiri dari butiran-butiran merah seperti kristal. Rasanya manis-manis segar.

ASAL BUAH DELIMA :

Delima berasal dari Negara Iran dikenali sebagai Punica Granatumdalam istilah botani, juga boleh didapati di India, Afghanistan dan Syria. Di zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu di tanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.Bagi agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi simbol kesuburan, rezeki yzng melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Dalam agama Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat didalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM BUAH DELIMA :


Dari sudut pemakanan, buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin,niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya.Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.


KHASIAT BUAH DELIMA :

1. Melambatkan proses penuaan
Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka danwrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
2. Mengembali dan memulihkan sel
Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.Minyak dalam biji buah delima yang kaya dengan nutrisi memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisanepidermis kulit.
3. Merawat muka berminyak dan berjerawat
Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.
4. Mengelakkan keguguran rambut
Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.
5. Melindungi kesihatan jantung
Melalui kajian Proceedings of the National Academy of Sciences, jus delima mampu mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri serta mengeluarkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology, pesakit  koroneri  (PJK) yang makan jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
2
6. Mencegah dan mengubati kanser
Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser.
  • Kanser payudara: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan mengekalkan sel-sel sihat. Ia juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
  • Leukemia: Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
7.  Mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer
Dalam sebuah kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Tikus tersebut telah mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan menggerakkan tugas mental dan otak dengan baik.
8. Menyembuhkan Anemia
Buah delima terbukti mampu merawat penyakit sel darah merah rendah atau anemia. Nutrisinya mempunyai kadar zat besi yang tinggi yang mampu meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah serta meransang pembiakan sel darah merah.
9. Mengurangkan risiko kanser prostat
Pengambilan buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupunatherosclerosis. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada menghidap penyakit-penyakit tersebut.
10. Baik untuk sistem penghadaman
Buah delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)”

No comments:

Post a Comment