Wednesday, 24 February 2016
5 Tips Kekal Bertenaga Bagi Anda Yg Aktif Bersukan
Kenapa bersukan itu penting?
Masa belum ada anak dulu, memang rajinlah bersukan. Saya suka main badminton. Tapi, bila dah ada anak ni, susah sikit la nak main badminton dah. Bila main badminton tu, memang terasa badan sangatlah sihat dan bertenaga sentiasa. Bila otot-otot kita bergerak, salur-salur darah kita akan mengembang, jadi senanglah darah nak mengalir.
Dengan bersukan juga, otak kita akan bertambah cerdas. Senang ilmu-ilmu nak meresap ke dalam otak. Selain itu, bila otak kita cerdas, kita mudah untuk berfikir dengan lebih kreatif sebab otak sel-sel neuron dalam otak kita berhubung dengan baik.
Bila otak kita cerdas, badan kita pun cergas. Badan kita akan rasa fresh dan fit. Mungkin awal-awal mula bersukan kita akan rasa sakit-sakit badan sebab otot-otot kita tak biasa bergerak pantas. Tapi, lama-lama nanti, kita akan terbiasa dengan pergerakan itu dan badan kita takkan rasa sakit-sakit lagi.
Biasanya bila orang bersukan, badan mulalah rasa letih tak bermaya. Penat tau bersukan ni. Sebab tu la ramai orang berhenti bersukan. Mereka tak larat nak gerakkan badan mereka lepas bermain. Contohnya, kaki lenguh susah nak berjalan, tangan sakit susah nak pikul barang-barang dan sebagainya. Tapi, kalau kita tak bersukan, badan kita lagilah tak sihat. Nak ke?
Macam mana nak kekal bertenaga bila kita bersukan?
1. Orang yang suka bersukan mestilah mengambil air yang cukup. Kalau air tak cukup, nanti badan kita tak cukup oksigen yang boleh mengebabkan kita rasa penat sangat. Kita mesti minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari untuk memastikan badan kita sentiasa segar. Barulah gembira nak bersukan hari-hari.
2. Selain dari minum air yang banyak, kita juga mestilah makan makanan yang seimbang. Mesti cukup bahagian karbohidrat, protein, lemak, dan zat besi. Selain itu, kita mestilah rajin-rajin makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memastikan badan kita mendapat serat dan juga vitamin yang cukup. Ini kerana makanan yang seimbang membantu memberikan tenaga yang berpanjangan untuk badan kita supaya kita boleh bersukan hari-hari.
3. Tidur juga penting untuk badan kita. Kita memerlukan tidur sekurang-kurangnya 6 -8 jam sehari untuk memastikan badan kita mendapat rehat yang mencukupi. Kalau tidur cukup, badan kita pun segar je esok hari. Jangan terlebih tidur sudahlah. Nanti lagi penat badan kita tu.
4. Ada di antara orang yang suka bersukan nie tak melakukan aktiviti regangan terlebih dahulu. Aktiviti regangan adalah penting untuk memastikan otot-otot badan kita bersedia untuk memulakan aktiviti sukan. Takdelah nanti otot kita terkejut tiba-tiba terus berlari. Tapi kena ingat, aktiviti regangan nie mesti dilakukan pada awal nak bersukan dan juga apabila tamat bersukan supaya badan kita cool down semula.
5. Yang paling penting, kita mesti mengambil suplement yang betul untuk memberi tenaga kepada kita. Qaseh Gold adalah supplement terbaik untuk seisi keluarga. Ia bukan sahaja membekalkan tenaga yg berpanjangan kepada kita,malah menguatkan sistem imun tubuh kita serta banyak lagi kelebihan Qaseh Gold.
Nak tahu info lanjut tentang Qaseh Gold?
Jangan segan silu,wassap Norin terus : 0126984528 (Konsultan Qaseh Gold)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment