Selamat Datang Ke Blog QASEH DYNAMIC NETWORK. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

Wednesday, 24 February 2016

Tips-tips menguruskan anak pagi-pagi supaya tak stress

1. Sediakan kelengkapan sebelum tidur. Selepas tidurkan anak, anda perlu sediakan barang-barang keperluan untuk pergi kerja esoknya. Anda perlu gosok baju anda, baju suami, dan baju sekolah anak anda. Anda juga perlu sediakan segala kelengkapan sekolah sesi petang anak anda dan susun di tepi pintu. Barang-barang kerja anda pun anda akan susun di tepi pintu juga.

Kalau buat macam nie senang sebab pagi-pagi tak perlu nak cari semuanya, takut nanti tak jumpa pula, stress je nanti.

2. Bangun awal
Walaupun barang-barang keperluan dan tersedia, kita masih perlu bangun awal. Ini kerana kita masih ada perkara yang perlu dilakukan pagi itu, seperti nak sediakan sarapan dan bekal anak ke sekolah, nak mandi dan mandikan anak lagi, nak solat, dan sebagainya. Kalau lambat bangun, nanti tak sempat nak buat sarapan pula kan?

3. Sarapan simple.

Sarapan pun tak perlulah yang susah-susah. Roti dan buah (pisang atau epal pun ok) pun dah cukup. Asalkan kenyang untuk alas perut.

Tapi, bagi ibu yang menyediakan bekal berkhasiat untuk anak ke sekolah, memang perlulah bangun awal untuk masak. Tapi, pastikan bahan-bahan tumisan dah disediakan sebelum tidur, bahan beku dah dikeluarkan supaya tak perlu tunggu defrost. Bangun pagi sekadar nak masakkan je.

4. Kejutkan anak awal

Masa awal-awal kena bangunkan anak untuk ke sekolah, memang mencabar juga la nak kejutkan. Menangis, meraung tak nak  mandi semua kena harungi. Jadi, anda perlu kejutkan awal supaya anda ada masa nak melayan kerenah dan ragam bangun tidur anak anda.

Anak-anak yg bangun pagi, ada ragam lain macam sikit. Masa nie la baju tak kena, stokin takde, nak stokin lain pun ada juga. Jadi, bila kita dah kejut anak bangun awal, mereka ada masa nak tengok apa yang mereka nak dan apa yang mereka tak nak.

Kita pun ada masa nak cari lagi kalau tiba-tiba anak mahukan sesuatu yang lain.

Inilah yang anda perlu biasa lakukan setiap hari supaya anda boleh keluar rumah jam 6.15 pagi tanpa sebarang stress dan kelam kabut. Berbekalkan SET ENERGY BOOSTER QASEH di pagi hari, ia memang membantu memberi tenaga dan juga mengawal stress anda untuk handle situasi anak yang macam-macam nie.

Semoga pagi anda lebih baik dan tenang dari sebelum ni. Yang penting, jangan stress stress ye. Allah ada untuk membantu kita semua.

#sajakongsi
#TipsBermanfaat

No comments:

Post a Comment