Menyusukan anak merupakan perkara paling menggembirakan ibu-ibu kerana ia dapat menguatkan hubungan antara ibu dan anak. Best kan ada masa yang eksklusif dengan anak kita yang hanya kita boleh dapat, kaum ayah tak dapat masa seperti ini. Selain itu, menyusukan anak nie boleh menjamin pertumbuhan sihat baby kita. Sebab itulah semasa tempoh penyusuan, ibu-ibu kena jaga pemakanan agar anak kita tidak meragam dan mendapat apa-apa penyakit yang boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada mereka.
Apabila kita mengambil sesuatu jenis makanan, kita kena perhatikan sama ada ia memberi kesan pada anak kita sebab segala apa yang kita makan akan menjadi sebahagian dari susu yang anak kita minum. Janganlah kita makan je semua makanan kesukaan kita tanpa memikirkan kesannya pada baby kita nanti. Kita juga yang susah nanti bila anak meragam.
Yang penting, jangan samakan proses penyusuan antara anak ini dengan anak yang lain. Setiap anak kita berbeza-beza. Mungkin masa menyusukan anak sulung, kita boleh makan macam-macam sebab tak memberi sebarang kesan buruk pada anak sulung tu, tapi bila sampai masa menyusukan anak kedua, semua benda pun kena pantang sebab anak kita selalu cirit birit la, kembung perut la, dan macam-macam sakit lagi.
Ada beberapa jenis makanan yang kita perlu perhatikan kesannya pada anak kita yang menyusu. Kalau ia memberi kesa tak elok seperti cirit-birit, kembung perut, dan sebagainya, kita perlulah kurangkan pengambilan makanan tersebut. Kalau tiada masalah apa-apa, barulah kita boleh teruskan.
1. Makanan yang ‘berangin’
- Makanan yang ‘berangin’ boleh menyebabkan anak kitakembung perut. Jadi, kita perlu berhati-hati apabila makan makanan yang berangin ini.
- Antara contoh makanan yang ‘berangin’ adalah Ubi dan Pulut.
2. Makanan yang pedas dan berempah
- Ada sesetengah ibu-ibu memang suka makan pedas. Tak cukup nikmat makan kalau makanan tu tak pedas. Tapi, perhatikanlah anak kita setiap kali kita makan pedas tau. Perhatikan sama ada anak kita cirit birit ke tak sebab ada sesetengah baby memang akan cirit birit kalau kita makan pedas. Perut mereka yang kecil itu masih belum boleh terima.
- Rempah yang terlebih pun boleh menyebabkan cirit birit pada baby. Contohnya, makan kari pekat-pekat memang letak rempah kari banyak masa memasak. Memang sedap, tapi kita makan berdua, bukannya seorang. Fikirkanlah demi anak kita sekali
3. Coklat
- Sedapnya makan coklat kan. Coklat kan makanan kegembiraan. Bila kita gembira, susu pun gembira nak keluar Syu suka makan coklat kalau stress. Tapi, bila semua anak-anak Syu sembelit kalau Syu terlebih makan coklat, Syu kurangkan terus. Makan sekali sekala je.
4. Produk tenusu
- Produk tenusu seperti keju, yogurt, susu segar,semuanya kena seimbang kalau kita makan. Jangan terlalu berlebihan sebab ada sesetengah baby akan menjadi colic kalau kita mengambilnya secara berlebihan.
5. Kekacang
- Kacang adalah bahaya kalau kita makan terlalu banyak sebab boleh mengakibatkan baby kita menjadi alahan kepada kacang bila besar nanti. Alahan kacang nie dah la memang menakutkan, sampai boleh buat sesak nafas kalau termakan walaupun sedikit. Wallahu’alam.
6. Minuman Berkaffein
- Minuman berkaffein memang sangatlah tak sesuai diambil masa menyusukan baby. Bukan setakat anak kita boleh kembung perut, tapi boleh menyebabkan susu kita berkurang pada masa yang sama.
- Contoh caffein adalah air teh, kopi, dan juga air berkabonat.
7. Alkohol
- Kebiasaannya orang minum alkohol sebab nak buang lemak supaya boleh kurus semula selepas bersalin, tapi bila kita kerap minum alkohol, ia akanmenyukarkan proses ‘let down’ semasa menyusukan anak. Proses ‘let down’ ini amat penting untuk mengeluarkan susu hindmilkyang amat berkhasiat untuk pertumbuhan baby kita.
Apabila kita menyusukan anak, inilah makanan yang perlu kita elakkan demi kesihatan anak kita. Kalau mereka sakit, kita juga yang susah. Kita yang kena berjaga malam melayan kerenah anak merengek sebab tak sihat. Jadi, sebelum apa-apa yang tak elok berlaku, baiklah kita ambil langkah berjaga-jaga
Kesimpulannya, abaikanlah makanan terlarang ini dan ambillah makanan yang berkhasiat sahaja. Tidak dilupakan juga untuk mengambil SET MILK BOOSTER QASEH untuk menampung segala keperluan nutrisi yang diperlukan oleh kita dan juga anak kita yang menyusu. Dan yang paling best, ia boleh buat freezer kita penuh dengan stok susu.
No comments:
Post a Comment