Semasa mengandung, kita memang memerlukan banyak tenaga kerana anak kita sedang membesar di dalam rahim. Kalau kita takde tenaga, macam mana kita nak tampung keperluan diri kita dan juga baby yang dikandung kan? Jadi, kita memang perlu dapatkan tenaga, tak kiralah macam mana sekalipun. Kalau kita tak berselera nak makan sekalipun, carilah makanan lain yang boleh memberikan kita tenaga.
Ada banyak makanan yang boleh dijadikan snek harian kita. Walaupun nampak tak berapa nak kenyang, tapi makanan-makanan ini boleh membantu kita dapatkan tenaga yang kita perlukan hari-hari.
1. Aprikot
– mengandungi 10% iron yang diperlukan dalam sehari
– mengandungi asid folik, potasium, kalsium, dan juga magnesium.
– mengelakkan sistem perkumuhan menjadi perlahan yang boleh mengakibatkan sembelit.
2. Bijirin
– carilah cereal yang ada pelbagai jenis vitamin dan juga asid folik kerana semangkuk bijirin sehari boleh membekalkan 100 mcg asid folik.
3. Yogurt
– Alternatif kepada susu.
– Pembekal kalsium yang sangat bagus untuk kekuatan tulang.
4. Tofu
– Kaya dengan protein, iron, kalsium, dan magnesium.
– Juga kaya dengan Vitamin A dan Vitamin K yang penting untuk berhentikan darah.
5. Kentang Manis (sweet potato)
– Sumber yang baik untuk tenaga.
– Kaya dengan Kalsium, Vitamon C, betacarotene dan juga Vitamin A → Penting untuk pembentukan kulit dan juga mata.
6. Strawberi
– Kaya dengan Vitamin C, Asid Folik, beta-carotene, dan potasium.
– Kalau makan strawberi selepas makan makanan yang bersumberkan iron, ia akan jadi booster untuk menyerap iron itu tadi.
7. Roti Wholemeal
– Roti adalah peneman terbaik yang paling mudah didapati dan dimakan
apabila kita lapar.
– Kaya dengan sumber Karbohidrat, iron, Kalsium, dan juga B-Vitamin.
8. Brokoli
– Kaya dengan kalsium dan magnesium untuk pertumbuhan tulang.
– Apabila kita masak brokoli, steam je tau, jangan didihkan sebab nanti kalsium dan magnesium semua akan mati.
9. Telur
– Kaya dengan iron, protein, dan juga vitamin B12.
– Vitamin B12 amat diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel yang sihat.
– Tapi, jangan makan banyak-banyak ye. Risau nanti kolesterol pula yang tinggi.
10. Tuna
– Kaya dengan omega-3 dan juga selenium (sejenis anti-oksidan yang melindungi dari kanser)
– Jangan makan lebih dari 3 bahagian seminggu kerana mengandungi mercury yang boleh memberi kesan kepada nervous system baby kita.
11. Avocado
– mempunyai pelbagai viatmin seperti omega-3 yang sangat penting untuk perkembangan otak anak kita.
12. Chia Seeds
– Chia seeds membantu kita mendapatkan tenaga yang kita perlukan setiap hari.
– Kandungan Chia seeds adalah omega 3, kalsium, zinc, potasium dan magnesium yang sangat penting untuk tenaga.
-Kandungan fiber dan omega-3 di dalam Chai seeds boleh membantu untuk mengurangkan depression semasa mengandung.
13. Kismis
– Saya suka makan kismis masa mengandung. Pada saya, kismis pun memberi tenaga kerana kandungan gula yang ada akan ditukarkan kepada tenaga.
14. Prunes
– Diperkaya dengan fiber yang membantu dalam sistem perkumuhan kita semasa mengandung.
– Ia juga adalah sumber tenaga segera. Kalau saya lapar, memang makan prunes sebelum mencari makanan berat. Sekurang-kurangnya ada tenaga sikit.
15. Kurma
– Salah satu sumber pemberi tenaga saya yang utama. Setiap pagi mesti cari kurma dulu untuk mendapat tenaga segera.
– Kaya dengan potasium dan serat yang akan dicerna serta merta untuk memberi tenaga segera kepada ibu yang hamil.
16. Susu
– Kaya dengan kalsium untuk menguatkan tulang ibu dan juga anak dalam kandungan.
– Minum susu suam juga akan dapat membantu ibu untuk tidur dengan lena bagi mengembalikan tenaga.
17. Air Masak
– Air masak akan memberi kita cecair yang cukup untuk elak dehydration yang teruk.
– Kalau terlalu teruk dehydration nya, saya akan minum air masak yg dititiskan sole kerana ia sangat membantu untuk kekalkan cecair dalam badan.
18. Walnut
– Kaya dengan minyak kacang walnut yang membantu menangani stress semasa hamil.
– mempengaruhi tekanan darah masa rehat dan masa stress.
19. Suplement Tenaga
– SET HAMIL QASEH yang sangat membantu untuk memberi tenaga masa saya mengandung.
– Kaya dengan pelbagai vitamin yang sangat membantu dalam memberi tenaga supaya saya kekal bertenaga dan cergas bergerak sepanjang hamil.
Banyak makanan yang boleh memberi kita tenaga sepanjang kita mengandung. Pilihlah mana yang sesuai untuk badan kita. Tapi, jangan lupa untuk mengambil SET HAMIL QASEH untuk membantu dalam mencukupkan nutrisi yang diperlukan badan kita supaya tidak melepek je sepanjang hari.
Kalau ada masalah letih lesu masa hamil, hubungi saya terus 0126984528 untuk dapatkan SET HAMIL QASEH. Saya akan beritahu cara aturan makan yang sesuai untuk ibu-ibu dapatkan hasil yang mantap! Memang best la lepas nie, ibu akan jadi superwoman dan supermom untuk menguruskan hal kerja dan juga hal rumah walaupun hamil.
Jangan fikir lama-lama. Nanti bertambah lesu dan letih. Kesian kat baby kita juga.
Cepat, Fast Action, Fast Result!

No comments:
Post a Comment